|
|
 |
 |
Monday, November 14, 2005
Watak Pemuda Sombong (PS)
Inilah watak yang menjadi perhatian media… riuh se Malaysia dibuatnya.. malang sungguh bukan perbuatannya yang menjadi keriuhan.. tetapi disebabkan oleh bangsanya.. apa nak dikata.. menilai dari zahir sahaja.. ok lah sekarang kita selami pula watak PS.. kenapa dan mengapa dia tidak menunjukkan sikap sivik yang baik.. secara kasar memang nampak akan kesalahan PS.. tetapi kita tidak boleh melihat dan terus membuat penilaian sendiri tanpa mengkaji secara mendalam tentang perkara ini.. ditintakan faktor-faktor yang aku fikir terjadi disebalik yang tersurat..
a. Faktor Terdahulu
PS merupakan penumpang yang mula-mula naik sudah semestinya dia mendapat tempat untuk duduk.. jadi dia duduk lah mana dia suka.. lagipun bukan ada nombor seat segala.. dia memilih untuk duduk bersebelahan pintu tren.. biasalah tu senang nanti hendak keluar bila tiba di destinasi.. kata orang jimat masa jimat tenaga (strategi beb).. bagi yang naik kemudian dan tidak dapat tempat duduk kira sudah bukan rezeki.. redha ajalah, jangan nak paksa-paksa orang yang duduk berdiri pulak.. adakah PS bersalah?
b. Faktor Bagasi
PS nie kelihatan membawa banyak bagasi.. di atas ribanya sahaja ada dua beg/benda.. itu belum lagi beg-beg yang diletakkan di atas lantai tren (aku sangsilah kenapa bukti-bukti ini tidak ditunjukkan oleh pengarah.. macam ada komplot sahaja bagi menutup kebenaran).. jika banyak barangan dibawa bermakna PS nie baru pulang dari tempat yang jauh.. aku syak dia naik tren antarabandar dan turun di KL Ssentral.. lepas tuh naik tren untuk pulang ke rumah (cuba lihat matanya yang kuyu seolah kurang tidur dan letih semacam aja).. jika macam itu keadaannya kalau dia terpaksa berdiri.. mana hendak letak dan menjaga bagasi yang banyak itu.. adakah PS bersalah?
c. Faktor Ketinggian
Kita ketepikan dahulu soal bagasi.. katakan dia tiada membawa sebarang bagasi.. nah kalau keadaannya macam itu pasti PS dengan senang hati memberikan tempat duduknya kepada yang lebih memerlukan.. tetapi PS tidak berbuat demikian.. betul tak.. kalau kalian melihat susuk tubuhnya.. boleh kita anggarkan PS merupakan seorang yang tinggi lampai.. ala-ala model gitu.. jadinya kalau PS berdiri.. sudah pastinya PS merupakan yang tertinggi sekali... orang tinggi selalunya kaki dia panjang.. maka nya jika PS berdiri.. kedudukan `ehem’`nya separas dengan pandangan mata orang yang duduk dihadapan PS.. tentu orang tersebut tidak dapat mengelak diri memandang `ehem’ (walaupun berada didalam seluar) PS sepanjang masa perjalanan.. ini merupakan satu seksaan batin kepada yang melihati.. dugaan... dugaan.. lagi satu perkara.. katakan jika tren tersebut bergoyang-goyang dan PS hilang kawalan dan terdorong kehadapan.. tentu kalian tahu apa yang terjadi kan.. bukan kah itu senario yang memalukan.. kepada kedua-dua belah pihak.. PS bertindak bijak kerana mengekalkan tempat duduk nya.. adakah PS bersalah?
d. Faktor Malu
Faktor ini tidak ada kaitan dengan PS tetapi berkaitan dengan PM.. seperti yang aku janjikan akan aku beritahu sebabnya.. PS memandang kepada PM dengan muka yang mencemik kerana.. PM telah terkentut dan menerbitkan bau yang kurang menyenangkan.. biasalah keadaan nie sering berlaku maklumlah pembawaan budak.. dek malu disebabkan perbuatannya telah dikesan oleh PS.. PM segera bingkas bangun (pada masa yang sama PB berdiri di hadapan PM dan duduk ditempat yang telah dikosongkan oleh PM).. adakah PS bersalah?
e. Faktor Bau
Berkaitan denga Faktor `b’ di atas.. dimana kesimpulannya PS dalam perjalanan pulang dari outstation.. yang memakan masa yang panjang (mungkin semalaman).. menjadikan ketiak PS hangit semerbak.. bayangkan kalau PS berdiri dan memegang kepada pemegang yang berada di atas kepalanya.. sudah pasti `keharuman’ akan menusuk hidung-hidung orang yang berdekatan dan yang sewaktu dengannya.. bagi yang suka keharuman ketiak tidak menjadi masalah.. tetapi malang bagi yang tidak tahan baunya.. ada nanti yang pengsan... siapa yang nak menjawab.. adakah PS bersalah?
f. Faktor Datuk
Sekali lagi pengarah kurang memberikan fokas kepada perkara yang berkaitan dengan tindakan PS.. jika diteliti disebelah kiri PS, duduk seorang lelaki tua.. dan dia merupakan datuk kepada PS.. sebenarnya PS baru menjemput datuknya yang duduk di nun jauh disana ke KL.. datuk PS nie ada katarak jadinya kurang nampak pengelihatanya.. dia sentiasa mahukan PS berada disamping nya.. disebabkan ini mahu tidak mahu PS terpaksa.. duduk menemani datuknya itu.. adakah PS bersalah?
g. Faktor Watak
PS merupakan pemegang waktak utama.. jadi semestinya PS sentiasa ada di dalam `picture’.. dan angle yang paling sesuai adalah apabila PS duduk.. dari situ dapat dilihat wajah dan profile.. tindakan dan gerak tubuhnya.. jika PS berdiri sudah pasti kita hanya nampak bahagian belakang PS sahaja.. dan pemandangan ini amatlah tidak sedap mata memandang.. mampu ke kalian pandang `backside’ PS sepanjang iklan durasi 2 minit ini.. aku tak nafikanlah ada juga yang `berminat’ tetapi majoritinya tidak.. adakah PS bersalah?
h. Faktor X
Walaupun aku telah memberikan pelbagai faktor yang menyokong tindakan PS.. aku kira faktor X ini merupakan faktor numero uno yang menimbulkan kekecohan selama ini.. faktor ini merupakan faktor penentu kejayaan PS.. faktor ini berkuasa menentukan corak pemikiran dan tindakan PS.. kita tidak boleh menidakkan sumbangan faktor X ini.. dan kita tidak boleh menyahkannya begitu sahaja.. buruk padahnya jika berbuat demikian.. faktor X yang dimaksudkan adalah Pengarah Iklan.. putih katanya putihlah jawabnya.. hitam katanya hitamlah jawabnya.. jadi kalau dah diarah PS duduk terpaksalah PS duduk tak ada dakwa dakwi lagi.. kalau PS ingkar bermakna PS gagal membawakan waktaknya dengan berkesan.. silap-silap tertutup pintu rezeki.. adakah PS bersalah?..
Nah sekian yang dapat aku beri ulasan.. apa yang aku ingin katakan adalah.. cuba kaji apa yang tersirat dari yang tersurat.. salam sejahtera..
p/s pendapat di atas hanyalah pendapat peribadi.. tidak bermaksud untuk menyinggung hati sesiapa.. baik yang masih hidup, sedang sakit mahupun yang telah meninggal dunia… Kak Rah..
Posted at 08:05 by kak-rah
Friday, April 22, 2005
Watak Pakcik Buta (PB)
Memainkan watak sebagai seorang buta merupakan satu cabaran buat pacik ini.. walaupun sebenarnya dia buta.. ehh apa yang aku mengarut nie.. bab ini aku tidak dapat pastikan kesahihannya.. samaada pakcik ini memang buta atau berlakon menjadi buta kerana matanya terselindung disebalik kaca mata hitam (tara kucah tara kucah cah).. sudah puas aku bertanya namun tiada sesiapapun dapat memberikan jawapan yang pasti.. maklumlah pakcik nie muka baru dalam dunia seni.. nama pun belum terkenal.. kemungkinan watak ini diberikan kerana bayarannya murah berbanding jika dilakonkan oleh anak seni yang dah gah namanya.. maaflah kalau-kalau aku silap meneka.. PB pun sama seperti PM tidak terfikir sama sekali menuntut untuk duduk.. kenapa PB bersikap demikian..
a. Faktor Imej
Memang mereka dianggap sebagai orang kurang upaya (OKU).. tetapi di anugerahkan Allah kelebihan pancaindera yang lain.. yang lebih peka kepada persekitaran.. nampak sahaja lemah tetapi berhati waja.. walaupun buta sudah ada anak lima.. berbalik kepada cerita kita.. PB termasuk dalam golongan OKU yang tidak mengharap simpati orang ramai.. setakat berdiri tu perkara biasa aja.. sebenarnya PB ada kereta tetapi memandangkan waktu tersebut jalan jam dan dia temujanji dalam waktu yang terdekat.. maka dia naik lah LRT bersama anaknya.. ehh lupa nak cakap anaknya yang pandu kereta tu bukan dia harap maklum.. tiba-tiba pulak PM bingkas bangun (yang kita telah tahu sebab munasababnya PM berbuat demikian- kalau masih tidak tahu sila baca watak PB perkara b.).. jadinnya PB duduk bukan kerana nak sangat tempat tu tetapi.. takkan nak biarkan kosong pulak kata orang rezeki jangan ditolak.. adakah PS bersalah?..
Kenapa PB menolong PS..
a. Faktor Skil
Seperti yang telah aku katakan di atas.. PB nie mempunyai pancaindera yang tajam.. walaupun buta indera pendengaran dan rasanya amat peka.. dalam kebisingan dan kegelapan PB lebih dahulu dapat mencari barang PS yang terjatuh.. bagai mempunyai radar (bukan gaydar yer) senan aja PB menjumpainya.. lagipun ianya jatuh berdekatan dengan PB.. maka menjadi tanggungjawab PB menghulur bantuan.. takkan nak suruh orang dari gerabak lain pulak kan.. Nampaknya PB dapat menunjukkan skilnya dihadapan kamera dengan jayanya.. bukan untuk membangga diri tetapi.. untuk menunjukkan bahawa apa orang celik boleh buat orang buta pun boleh buat.. malahan lebih dari itu.. iaitu disertai dengan hati yang ikhlas.. secara kasar nampak seperti PB memperli PS tetapi itu hanya ilusi yang ingin ditonjolkan.. adalah tidak adli menilai keikhlasan PB kerana tidak ditunjukkan PB sedar PS adalah seorang yang kurang minda siviknya.. adakah PS bersalah?
Bersambung.. Watak Pemuda Sombong...
Posted at 01:29 by kak-rah
Sunday, April 17, 2005
Watak Perempuan Mengandung (PM)
Dari pandangan sisi dapat diteka usia kandungan dalam lingkungan 4 bulan walaupun sudah nampak besar kembungnya.. PM nampak cergas dan ceria berseri mukanya.. maklumlah mengandung anak pertama setelah sekian lama berumahtangga.. tidak sabar menanti hari bahagia.. dengar kabar mengandung kembar rupanya.. kenapa PM menerima pelawaan PT untuk duduk.. dari riak muka PM sebenarnya dia tidak mahu menerimanya.. anda tentu terkejutkan.. baiklah akan aku berikan sebab-sebabnya... adakah PS bersalah?..
a. Faktor Air Muka
PM ini baru sahaja balik dari pemeriksaan di Pusat Kesihatan.. kebetulan stesen LRT ada berdekatan.. baru sahaja masuk tren dia dipelawa duduk oleh PT.. PM sebenarnya digalakkan oleh doktor supaya sentiasa cergas dan bersenam selalu bagi memastikan pengalairan darah bergerak dengan lancar.. kesan tindakan ini akan menjadikan bayi dalam kandungan sihat dan kuat.. kerana mendapat nutrian dan oksigen yang dibawa oleh darah.. demi menjaga air muka PT terpaksalah PM menerima pelawaan walaupun hatinya memberontak.. adakah PS bersalah?
Kenapa PM memberikan tempat duduknya kepada Pakcik Buta (PB).. ceritanya begini..
a. Faktor Tempat Duduk
Kalian tahu-tahulah tempat duduk yang ada nie.. semuanya muat-muat punggung bersais S sahaja.. entahlah siapalah yang mereka bentuknya sedemikian rupa pandai-pandai aja.. mungkin kurang membuat kajian atau pun hanya menggunakan meniqueen (ala-ala iras Anita Mui tu) aja sebagai model.. jadinya 90% yang duduk akan berlaga punggung berlaga badan.. tak ada ruang langsung nak celah bedah.. itupun kalau yang duduk bersais M (yang sedang sedang aja.. ewah dangdut kita sebentar pak).. cuba bayangkan punggung PM yang sedang mengandung kembar pulak tu.. huh lumayan pak.. kata orang bumper mengembang bagai tepung digaul yis.. dia tersiksa sebenarnya.. hendak bangun apa kata PT pulak yang nampaknya masih mencuka sebab terpaksa berdiri.. hendak tak hendak duduklah dia di situ sehinggalah PB memberikan peluang keemasan untuk dia bangun.. adakah PS bersalah?
b. Faktor Fobia
PM nie pernah truma semasa kecil dahulu.. semenjak itu dia pantang melihat apa-apa benda berbentuk rotan.. tidak kira warna apa sekalipun.. sebenarnya PM pernah dipukul oleh anak jirannya sehingga berdarah.. pada masa itu mereka bermain cikgu-cikgu.. PM menjadi murid yang nakal yang selalu ponteng sekolah.. dan anak jirannya menjadi cikgu displin yang paling garang.. apa lagi sebagai hukuman dikenakan 5 sebatan.. sebat betul-betul pulak tuh.. pulun habis-habis sampai birat xxx dibuatnya.. itulah yang membuatkan dia fobia kepada benda-benda tu semua.. jadi tindakan PM melarikan diri dari PB ditafsirkan sebagai memberikan tempat kepada PB.. sedangkan hakikat sebenarnya bukan sedemikian.. yang buruk nama PS juga.. adakah PS bersalah?..
c. Faktor Malu
Cuba teliti betul-betul.. tentu kalian dapat tengok muka PS yang mencemek memandang kearah PM dan kemudian dia memaling.. mungkin raut mukanya yang tak berapa kacak tu nampak sombong (kes terbawa-bawa watak yang dilakonkannya dalam PGL).. tetapi tidaklah sehingga sanggup berbuat begitu sekali.. tentu ada perkara yang menjadikan dia berbuat demikian.. dan kenapa PM bergegas bangun seolah-olah memberikan tempat kepada PB.. itu hanya kebetulan sahajanya, sebanarnya PM malu kepada PS.. apa yang dia malukan?.. jawapannya akan dihuraikan semasa membicarakan watak PS nanti.. tungguuu... yang menjadi persoalannya.. adakah PS bersalah?
Bersambung.. watak Pakcik Buta..
Posted at 00:01 by kak-rah
Friday, April 15, 2005
Hangat dikata orang, aku ingat sudah reda kisahnya.. semenjak perkara ini ditimbulkan di dalam Dewan Rakyat tempoh hari.. tup tup keluar lagi dalam akhbar hari minggu baru-baru ini.. penjelasan balas dari pengarah dan pelakon utama pula.. diberitahu penerangan kenapa dan mengapa digunakan pelakon Melayu bagi watak pemuda yang kurang minda siviknya itu.. sehinggakan kecoh satu Malaysia dibuatnya.. pada aku biarlah masing-masing membuat penilaian sendiri.. tentunya mempunyai hujah-hujah yang menyokong kenyataan yang dibuat itu.. aku kalian tahu-tahulah kan hendak tumpang glemer sementara perkara ini masih `terhangat dipasaran’ (teriklan lah pulak).. nak juga aku memberikan pendapat walaupun kalian tidak minta..
Setelah aku rakam, buat kajian dan berdebat di dalam minda.. keputusan yang aku capai adalah.. Pemuda yang dikatakan sombong itu adalah tidak bersalah sama sekali dalam hal ini.. dia adalah mangsa keadaan sebenarnya.. segala tomahan tidak memberikan keadilan kepadanya.. itu pada pendapat akulah.. hujah-hujah aku adalah seperti berikut (macam kat mahkamah lah pulak.. betul tak MC).. oppp nanti sebelum itu aku ingin memberitahu iaitu.. aku menilai kepada watak-wataknya sahaja bukan dari segi kaum watak tersebut.. takut orang kata perkauman pulak.. akan aku kupas satu persatu watak-watak ini.. baiklah sekarang mula bicara..
Watak Perempuan Tua (PT)
Usia dalam lingkungan 60an kalau kita lihat sepintas lalu... pada peringkat usia tersebut boleh digolongkan sebagai orang lama atau veteran.. duduk disebelah kiri betul tak.. peranan yang dimainkannya adalah dalam 5 saat lebih kurang.. jadinya dia dianggap sebagai pelakon pembantu sahaja.. kata orang sebagai cemeo aja.. sebaik sahaja tiba di satu perhentian naik seorang perempuam mengandung (PM).. PM berdiri betul-betul di hadapan PT.. dan tanpa berlengah-lengah lagi PT bangun dan menawarkan tempat duduk kepada PM tersebut.. Pemuda sombong (PS) nampak liat untuk memberi ruang..
Kenapa PT berbuat demikian.. ikutilah sebab sebabnya..
a. Faktor umur
Memang nampak macam sudah berumur 60an.. tetapi itu hanya apa yang kita lihat pada mata kasar.. setelah meneliti dengan lebih dekat dan terperinci dengan menggunakan teknik yang tercanggih (tidak termasuk teknik rebonding).. disahkan perempuan tua itu baru berumur 40++.. disebabkan dia tidak menjaga badannya dan tidak mengamalkan cara hidup sihat.. menjadikan dia kelihatan tua sebelum masa.. kalau setakat 40++ itu tentulah masih muda.. sap sap suei aja kalau kena berdiri bagi perjalanan yang dekat.. paling lama pun 10 minit berdiri.. kacang aja tu.. adakah PS bersalah?..
b. Faktor Jarak
Kedudukan PM berdiri.. kalau diukur jarak diantara kedudukan PM-PT dan PM-PS dalam ukuran milimeter.. sudah pasti terdapat perbezaan jarak yang ketara.. aku menggunakan teknik cut n paste bagi prosidur mengukur jarak nie.. keputusannya sangat jelas jarak di antara PM-PT sejauh 1000mm dan PM-PS sejauh 1500mm.. perbezaan 500mm itu adalah satu jarak yang jauh.. itu belum lagi diukur dalam ukuran nanometer.. pasti beribu-ribu nanometer perbezaannya.. sangat ketara perbezaan jarak tersebut.. kalau saekor semut hendak berjalan sejauh itu tentu berpeluh ketiak dibuatnya.. disebabkan faktor ini mahu tak mahu PT terpaksa mengalah.. adakah PS bersalah?..
c. Faktor Perjuangan
Dalan kajian dan rujukan di pejabat pendaftar persatuan.. aku dapati PT itu merupakan Pengerusi bagi satu pertubuhan NGO yang memperjuangkan hak asasi wanita.. dan telah berjuang selama 20 tahun menuntut supaya wanita diberikan hak yang sama dengan lelaki.. PT yang memegang perinsip lelaki dan wanita itu sama tarafnya secara sukarela menawarkan tempatnya kepada PM (sebenarnya dia tidak mahu beri tetapi disebabkan dihadapannya ada ahli persatuannya, jadi sebagai menunjukkan contoh terpaksalah dia berbuat demikiani).. adakah PS bersalah?
Bersambung ... Watak Perempuan Mengandung..
Posted at 00:30 by kak-rah
Tuesday, April 12, 2005
CT Singkat CT panjang Siti
Pangglian glemer mudi terkini
Harap kalian sudi mengikuti
Cerita CT di bawah ini
CT sudah tersohor nama.. menjadi sebutan seantero dunia.. sopan santun berbudi bahasa.. bagai puteri kayangan turun menjelma.. kuat tekad majukan diri.. segala kelemahan berusaha diatasi.. cekal menghadapi segala rintangan.. mencapai cita belum kesampaian.. segala geri menjadi perhatian.. malah menjadi tajuk debatan.. rakan dan musuh semua setuju.. CT Norhaliza kau nombor satu..
CT ini lainlah pula.. baru berjinak dalam persada.. suara nyaring lemak manja.. anak didik ayah tercinta.. mengejar cita usaha diganda.. kejayaan berputik kemewahan dikecap.. kepada keluarga tidak dilupa.. membina mahligai gah laksana.. berkampung sekeluarga aman gembira.. CT Sarah mengenang jasa..
CT kau berhati waja.. wajah ceria tiada duka.. kekurangan bukan jadi halangan.. jiwa besar sebesar lautan.. onak dan ranjau menjadi titian.. sakit terasa semua dipendam.. sekali melangkah undur tiada.. calang orang boleh mengatasinya.. cuma kini mana menghilang.. CT Muslihah sejahtera hendaknya..
CT yang ada kelas.. ibu muda berbadan seksi.. bersuami kacak beranak dua.. menjadi duta pelbagai jenama.. kening terangkat bila amarah.. trademark tersendiri hakcipta terpelihara.. nafas panjang suara bak halilintar.. pelbagai watak bijak dilakon.. lama bertapak sukar dilupuskan.. CT Ziana anak Pak Zain namanya…
CT veteran primadona 50an.. bila beraksi sentiasa garang.. pakai kebaya aset nak meletup.. sendat dibadan yang melihat dap dup dap dup.. punggung melentik berbatik lepas.. kekadang berkemban hati tidak keruan.. kalau tidak bergaduh bukan gerangan.. dalam garang pandai komidi.. berlakon boleh menyanyi sekali.. kekal lama sepanjang zaman.. CT Tanjung Perak punya penangan..
CT yang satu ini lain pula cerita.. degil ya amat usah dikata.. apa kehendak mesti dituruti.. tiada dakwa tiada dakwi.. bila bercinta serah segala.. gadai bodi perkara biasa.. tidak ingat pada dosa.. keseronokansaja yang dikejarnya.. kata keluarga tak masuk kepala.. minah rempit pun tak sepertinya.. menjadi ilham pencipta lagu.. lagu meletup CT Pah tertipu.. J
CT singkatan nama.. dari empat menjadi dua.. nampak canggih nampak glemer.. ada yang mengusik.. dipanggil CT Kus dipanggil CT Liner.. tidak kurang juga CT Square dikatanya .. nasiblah kau CT tak kuasa akak nak melayan segala..
Babak pertama sudah tamat
Banyak lagi hendak dikata
Kalau ada yang berminat
Bisa aku sambung cerita
Posted at 06:11 by kak-rah
Tuesday, March 29, 2005
Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kak Rah ingin memohon maaf dunia akhirat kiranya blog ini telah mendatangkan kemudaratan kepada kalian.
Blog ini akan di`lupuskan' pada 1 April 2005. Sekali lagi diucapkan terima kasih dan semoga anda dapat mengharungi kehidupan ini dengan penuh ketabahan.
Sekian, semoga di lain masa kita akan di ketemukan di dalam suasana yang lebih menyenangkan.
Kak Rah
Posted at 03:22 by kak-rah
Tuesday, March 08, 2005
Maaf Eh - Pusing-pusing aku dibuatnya
Aku ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak update bolg ini.. terima kasih kepada yang sudi singgah ke teratak aku yang tidak seberapa ini.. penuh dengan lubang-lubang dan sudah usang keadaanya.. datang angin terasa dingin, datang panas terkena sinar.. datang hujan aku kebasahan.. datang tetamu aku kemalu-maluan.. teratak yang usang sudi disinggahi, aku merasa amat bertuah dan terharu..
Apakah alasan yang dapat aku berikan.. sekejap yer aku hendak mencari ilham.. ermmm.. apa kata kalau aku katakan aku sibuk sebagai alasan... logik juga alasan itu kerana kalau sudah sibuk tentunya tidak sempat hendak update blog.. dan pembaca sekalian pasti dapat menerima alasan yang aku berikan ini... tetapi bila aku pikir-pikirkan balik adakah aku benar-benar sibuk.. tidakkan dalam sibuk aku sempat makan, minum, mandi, main opsss, tidur dll... mesti alasan ini akan dipertikai... pusing-pusing aku dibuatnya..
Ermmm.. apa kata kalau aku kata aku outstation.. hah satu ide yang bernas, kalau sudah berpemergian tentunya tidak sempat hendak update blog maklumlah takkan lah hendak hangkut komputer sekali kan.. dah lah aku gunakan komputer yang sudah dimamah usia, warna asalnya pun sudah aku lupa.. tak ker barai kalau dihangkut sana sini.. tetapi bila aku pikir-pikirkan balik aku ini kan kerjanya sulam tampal sahaja sepanjang hari.. kerja yang tidak perlu outstation pun.. duduk di ajung menyulam... mesti alasan ini dipertikai.. pusing-pusing aku dibuatnya...
Sibuk tak boleh outstation pun kena reject.. apa lagi yer… ermmm...(sedang berfikir dengan kusyuk.. berhenti 2 minit di sini ok, sebelum meneruskan bacaan).. yesss alasan kali ini mesti boleh diterima.. blackout pandai nya aku… dapat juga mencari alasan yang paling sesuai.. memangpun kalau dah blackout macam mana nak update blog kan kan, takkan aku nak pasang bateri AA kat komputer aku kan.. mana ada lubangpun nak disumbat bateri-bateri tu.. tetapi bila aku pikir-pikirkan balik takkan blackout memanjang sampai berhari-hari, sekarang nie kalau blackout pun TNB pasti dapat pulihkan bekalan dengan segera.. takkan aku nak kata teratak aku sahaja yang blackout sedangkan sekeliling terang benderang di waktu malam.. silap haribulan orang kata bekalan elektrik kena potong kerana tak bayar bil, tak ker haru nanti.. malu malu tak rela u.. mesti alasan ini juga dipertikai.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Buntu buntu aku dibuatnya.. apa lagi alasan yang sesuai.. jap aku hendak tengok dalam kamus... ahhh nie dia buntu yer aku boleh berikan alasan fikian aku buntu tak ada ide.. la aku dah sebut perkataan buntu rupanya diawal paragraf nie.. buat penat jer aku rujuk kat kamus.. ermmm... logik bebenar kalau aku berikan alasan buntu, yerlah perkataan itu kan menunjukkan bahawa sudah tidak boleh fikir/buat apa-apa lagi.. kalau sudah berkeadaan buntu nak update blog pun sudah pasti tidak boleh.. nak update apanya kalau tidak ada apa-apa yang hendak ditulis.. takkan hendak update blog aku dengan hanya copy n paste makalah/artikel kepunyaan orang lain... tetapi bila aku pikir-pikirkan balik tentu alasan ini juga ada kecacatannya, dan kewibawaannya boleh dipertikai kan dimahkamah.. ewahhh.. bahasa.. yerlah takkan lah buntu sampai begitu teruk sekali sehingakan sampai tidak boleh coretkan sepatah dua kata atau separa dua ayat.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Oklah aku mengaku.. aku tidak sepatutnya menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan kalian, yang mana aku telah anggap sebagai adik beradik malah ada yang boleh aku panggil anak pun..sebenarnya aku sepanjang minggu ini dijangkiti penyakit, sakit yang datang sekali sekala.. mengikut keadaan, dulu pun aku pernah kena penyakit nie.. sudah banyak tempat aku berubat, sebut siapa sahaja bijak pandai yang dapat memulihkan aku pasti pergi berubat.. tetapi kesan sembuhnya tidak lama, penyakit itu datang kembali minggu ini.. aku bukan hendak minta bantuan kewangan mahupun minta derma darah pun bukan dari kalian.. cuma aku pohon simpati, kiranya aku tidak update blog buat sekian harinya, .. fahamilah keadaan aku yang merana dan tersiksa ini, sesungguhnya aku memang telah berusaha melawan penyakit ini namun aku tidak dapat menahan takdir.. hanya berserah kepadaNya, aku redha.. Cuma hari ini aku rasa kebah sedikit sebab itu dapatlah aku update blog nie.. aku pun rindu hendak menulis sesuatu, kalau tidak aku akan terasa kehilangan.. suram hidupku.. tetapi aku ada berita buruk buat kalian.. aku dapat rasakan penyakit aku akan berterusan sehingga pertengahan bulan ini.. oleh itu sekali lagi aku mohon simpati, jenguk-jenguk lah teratak usang aku ini dari masa kesemasa walaupun isinya tidak diupdate.. kalau boleh bacalah berulang-ulang kali sampai jemu.. ikutlah nasihat kerajaan yang menggalakkan kita kitar semula... aku berjanji bila aku dapat mengatasi penyakit aku ini akan aku update blog ini seperti biasa..
Rasa suka di dalam hati..
Mudik sungai naik rakit..
Penyakit malas sukar diubati..
Hendak update lambat lah sikit.. pusing pusing aku dibuatnya
Ada sesiapa boleh beri bantuan.. sumbangan anda dialu-alukan..
Posted at 07:42 by kak-rah
Saturday, February 26, 2005
Alahai - Pusing-pusing aku dibuatnya
Maaflah aku tak tahu hendak letakkan tajuk apa.. kira bolehlah tajuk tu dengan apa yang hendak aku katakan dibawah ini.. tentang perdebatan antara dua insan, yang tidak pernah bersua muka.. memberi pendapat sangah menyangah.. topik yang menarik tentang kehidupan insan, hairan aku kerana ini juga menjadi perdebatan.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Apa yang Si A kata aku tidak tahu, kerana ketinggalan membacanya.. aku yang alpa, maaf kan aku ye.. Si B memberi jawapan keesokkan harinya, sekali lagi aku minta maaf tidak dapat mengemukakan dengan lengkap kata-kata balasannya.. lebihkurang begini maksudnya.. akhirnya kita akan memberikan jawapan (menghadap) kepada yang Satu (Allah), dia lah Tuan kepada segala yang ada di alam maya ini.. oleh itu hidup kita perlulah menumpukan untuk beribadat kepadanya semata, banyakkan amalan, banyakkan doa, banyakkan pahala.. kepada kehidupan dunia ini usahlah dihiraukan.. itu hanya pinjaman sahaja, beribadat sudah mencukupi.. pada aku yang aku faham jawapan nya itu adalah kita ini hidup hanya untuk beribadat, kerana akhirnya nanti kita akan dipersoalkan di akhirat nanti.. hanya beribadat sahaja?.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Baiklah mari kita kupas bersama ungkapan.. berusahalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.. maknanya ada perseimbangan antara kedua-duanya.. iaitu perlu berusaha dan beribadat pada masa yang sama..
Ungkapan berusaha seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya bukan bermaksud kita akan hidup menongkat dunia buat jangkamasa yang panjang.. tetapi sebagai simbolik untuk mendorong supaya apa yang diusahakan itu mempunyai matlamat jangka panjang.. seperti nelayan persisir pantai, adakah dia akan berpuas hati jika sudah mendapat tangkapan yang cukup bagi pendapatan sehari.. tentu tidak, dia akan terus mencari rezeki sehingga sampai waktu pulang, rezeki yang lebih boleh disimpan.. begitu juga bagi hari-hari yang mendatang, akhirnya bila cukup simpanan.. bolehlah dia membeli bot yang lebih besar dan menduga lautan dalam pula.. rezeki bertambah dan diri semakin makmur..
Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.. ini juga bukan bermaksud kita sudah tahu esok kita akan mati kerana soal ajal ini di luar batasan fikiran kita.. simboliknya adalah kalau kita tahu esok kita akan mati, apa yang akan kita buat.. pastinya kita kan membuat amalan setiap detik setiap ketika.. kerana esok sudah tiada lagi, jadinya jika setiap hari sudah tersemai dalam hati.. esok aku mati, aku perlu beribadat beramal sebaik dan sebanyak mungkin.. perkara ini diingatkan berulang-ulang menjadikkan tahap/degree amalan kita tiada yang sumbang dan dilakukkan tanpa paksaan dengan hati yang tulus ikhlas..
Cuba bayangkan kalau ungkapan ini diubah kepada.. beribadatlah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan berusahalah seolah-olah kita akan mati esok hari.. tentu lain jadinya kan.. dimana amal ibadat diabaikan dan kehidupan sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. ini kah yang kita inginkan.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Berbalik kepada persoalan Si B tadi.. jika matlamat hidup ini hanya untuk beribadat sahaja.. apa sudah jadi dengan kehidupan dan mencari rezeki ini juga ibadat namanya.. bukankah ada sahabat-sahabat Nabi SAW menjadi ahli perniagaan yang berjaya.. memberikan hartanya untuk menegakkan tiang agama.. yang tidak mampu membanting tulang mencurah keringat.. bukan hanya duduk berdiam diri di satu sudut menghadap kiblat sepanjang masa, mengharap rezeki dari langit semata-mata.. ingat ini.. marilah kita sembahyang.. marilah kita menuju kejayaan.. faham maksudnya.. kenapa diturunkan ayat.. menyuruh kita bersembahyang dan selepas itu bertebaran mencari rezeki.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Ada sesiapa boleh beri bantuan.. sumbangan anda dialu-alukan..
Posted at 01:42 by kak-rah
Friday, February 25, 2005
Si Dia pt II - Pusing-pusing aku dibuatnya
Hi.. hi.. ada sequel lak tentang `Si Dia’ nie.. harap kalian dapat bersabar yer kerana apa yang akan aku catitkan nanti ada persamaan dengan coretan aku yang terdahulu.. kalau dahulu aku menyentuh mengenai yang hidup melata.. kali ini aku hendak menyentuh mengenai sikap pula.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Bila sudah berlaku kematian baru semua pihak kepanasan.. bagai cacing terdedah diterik mentari, mengelitik-gelitik menyelamatkan diri.. yalah siapa yang hendak mengaku kesalahan masing-masing, akhirnya yang bersalah adalah yang ampunya diri.. jasad terbujur berusia 3 tahun, baru mengenal dunia.. baru mengenal buruk baik tetapi belum lagi cukup matang untuk menyelamatkan diri dari kecelakaan.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Kisah terjadi di timur negara, kematian anak jatuh jambatan.. jambatan usang menjadi laluan, saban hari untuk ke sekolah dan pekan.. dada akhbar menyiarkan, jambatan rompong compang camping.. duduk si bapa menunjuk lubang, terjatuh anak menemu ajal.. sekali pandang nampak usang, bukan tidak ada aduan malah pihak berwajib telah dipesan... bermula dari anak buah kepada ketua kampung.. ketua kampung kepada wakil adun dan parlimen.. wakil adun kepada Jabatan berkaitan.. namun tiada apa yang terjadi, masa berlalu jambatan masih begitu.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Sebelum itu dua budak terjatuh, bapa arwah menjadi penyelamat .. kini bila anak sendiri terjatuh, tiada sesiapa dapat membantu.. lama dah aduan dibuat, sejak banjir hari itu semakin teruk rosaknya.. jambatan ini sebagai jalan singkat kalau guna jalan lain berganda jaraknya.. begitulah kata-kata yang diucapkan.. dari rakaman foto aku perhatikan, dua keping papan jadi titian, selebihnya dibiarkan terlompong.. sedangan yang tua sukar meniti, inikan pula si anak cilik.. cuba anda bayangkan.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Saya telah buat aduan kepada wakil ‘Si Dia’.. kata ketua kampung.. Saya telah buat aduan kepada JPS, jadi saya sudah boleh lepas tangan, anda patut salahkan pihak JPS.. lebih kurang maksud kata wakil `Si Dia’ .. keesokkannya pihak JPS menjawab.. tiada aduan yang kami diterima.. yang ada adalah aduan mengenai Jambatan yang lain dan kebetulan kami ternampak kerosakan jambatan ini.. jadi kami masukkan dalam rancangan untuk pembaikan.. penduduk sepatutnya jangan menggunakan jambatan ini sebagai laluan sehingga lah diperbaiki.. panjang lebar jawapan diberi.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Apa boleh buat benda sudah terjadi, nasi sudah menjadi bubur.. alangkah baiknya jika senario ini berlaku..
Tok Ketua jambatan kita sudah rosak.. kata aduan.. Baiklah nanti saya akan buat laporan kepada wakil kita, sementara itu kita perbaikilah sedaya yang mampu.. yang reput kita gantikan sementara dengan papan atau plywood.. tentang duit itu kita kutiplah derma, kalau dengar ceramah kita boleh berderma inikan pula untuk kesejahteraan bersama.. balas Tok Ketua..
Di bilik wakli `Si Dia’ (WSD).. tuan kami memohon bantuan kerana jambatan di kampung kami sudah rosak, harap pembaikan disegerakan.. pohon Tok Ketua.. Benarkah bagai dikata, nanti kami ajukan kepada pihak JPS.. sahut WSD.. apakah langkah sementara yang Tok Ketua rancangkan?.. Tanya WSD.. kami bercadang untuk membaiki buat sementara mana yang boleh, bak kata orang tiada rotan akar berguna juga.. kata Tok Ketua bersemangat.. baguslah kalau macam itu, pihak kami sedia menghulurkan bantuan.. tersenyum Tok Ketua mendapat sokongan..
Tuan Pengarah, saya ada menerima aduan dari kg sekian-sekian, terdapat sebuah jambatan yang sudah rosak perlu dibaiki segera.. suara WSD kedengaran dicorong telefon.. Baiklah pihak kami akan menghantar pegawai untuk membuat penilaian dengan segera.. jika merbahaya kami akan memberikan arahan supaya jambatan itu ditutup sementara kerja-kerja membaiki dibuat.. agar kemalangan dapat dielakkan.. janji Pengarah Jabatan..
Ini pada aku senario yang ideal, pada akulah.. semua pihak bertanggung jawab, buat mana yang termampu.. bukan hanya mengharap pada orang lain.. dan menuding semua kesalahan kepadanya.. cuba fikir adakah kita telah lakukan sesuatu, atau hanya goyang kaki mengharap bantuan datang.. pusing-pusing aku dibuatnya…
Kepada `Si Dia’ kalau setakat berkata-kata sahaja tidak mendatangkan apa-apa, burung kakak tua pun pandai juga berbicara.. walau perkara ini dianggap remeh, tindakan susulan dan turun padang wajib dilakukan.. ingat amanah yang dipikul jangan pula buang ke dalam bakul dan janji-janji yang ditaburkan bukan sebagai halua telinga sahaja..
Pasang lukah pancing undi,
Banyak janji berkodi-kodi,
Sudah dapat lain yang jadi,
Lupa janji hilang budi…
Pusing-pusing aku dibuatnya..
Ada sesiapa boleh beri bantuan.. sumbangan anda dialu-alukan..
Posted at 02:41 by kak-rah
Thursday, February 24, 2005
Tudung - Pusing-pusing aku dibuatnya
Aku menerima satu e-mail dari salah seorang peminat aku(perasanlah tu).. Tajuknya begini.. Pengharaman Memakai Tudung Di IPTA dan IPTS.. terbeliak aku melihatkan tajuk massage tersebut.. dengan penuh debaran aku membaca.. disamping hati aku menyumpah-yumpah kerana ini merupakan satu yang diluar duagaan.. diringkaskan cerita.. aktikel tersebut menyatakan pak menteri telah bersetuju sebulat suara mengharamkan pemakaian tudung oleh siswi-siswi berkuatkuasa serta merta... pusing-pusing aku dibuatnya..
Rasa tidak daya untuk meneruskan bacaan, semua Universiti akur kepada arahan hatta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pun tidak membantah... aku sungguh terharu, begini kesudahan jadinya.. debaran jantung semakin kencang, pandai si pengirim bermain kata-kata membandingkan dengan negara-negara sekular yang melarang penggunaan tudung di negara mereka iaitu termasuk negara Perancis, mahupun negara di bawah negeri Johor.. dada aku menjadi sebak, air mata mula megalir mengenangkan nasib anak bangsa.. di akhir perenggan dinyatakan jenis-jenis tudung yang diharamkan dipakai oleh siswi tersebut iaitu tudung periuk, tudung saji dan tudung tin.. mangkuk hayun betul tipah tertipu, tipah tertipu.. pusing-pusing aku dibuatnya..
OK sekarang aku nak cerita hal yang serius pulak, tudung adalah pakaian wanita Islam yang diwajibkan.. sipemakai kelihatn sangat anggun dari kacamata aku( aku kata kacamata bukan bermaksud aku memakai kacamata tau, itu hanya ungkapan ada faham).. secara tidak langsung kita boleh bayangkan sifatnya yang bersopan santun tahu adat tahu sempadan.. bukan aku menyatakan wanita yang tidak bertudung itu sebaliknya aku tidak cakap tau.. cuma aku hendak menyentuh, jika memakai tudung itu biarlah diiringi dengan keinsafan dan keikhlasan… bukan kerana dipaksa, sebagai fesyen, sebagai ikut-ikutan.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Minggu lepas aku ada urusan di Ibukota… disebabkan malas memandu aku menaiki kereta tanpa tayar.. walau mahal tambangnya aku rela, dapatlah aku memerhatikan keletah penumpang yang lain.. disatu sudut aku nampak sepasang kekasih sedang memadu asmara, kelihatan si perawan (entah masih ada lagi ke idak aku tak lah tahu- tetapi sebagai benefit of doubt aku panggillah dia perawan boleh kan) yang melebih-lebih getiknya.. pegang tangan siteruna (yang ini aku sudah pasti memang tak ada dah terunanya 100%.. tapi tak apalah kita panggil dia teruna), pegang paha, cium pipinya dll… si teruna nie pulak cuba mengelak-elak macam malu aja.. maklumlah berada dikhalayak ramai.. tetapi diperawan nie buat dono aja.. walau dia memakai tudung labuh menutupi wajah persis dara pingitan dari Gunung Ledang.. pusing-pusing aku dibutanya...
Aku rasa sikap begini bagai melacurkan tudung yang dipakainya.. memalitkan arang kepada berbilion pemakai tudung yang lainnya.. janganlah melenting kalau satu hari nanti orang kata.. pakai tudung dengan tidak sama sahaja tiada ada bezanya.. pusing-pusing aku dibuatnya..
Ada sesiapa boleh beri bantuan.. sumbangan anda dialu-alukan..
Posted at 00:00 by kak-rah
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|